MENU

Thursday, November 22, 2012

1 KDN Semarakkan Kedamaian

with 0 comments
Kenyataan Media 
YB Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri

1 KDN Semarakkan Kedamaian

Putrajaya 22 November 2012

Warga Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk kepimpinan
tertinggi KDN berhimpun semalam bagi mewujudkan gelombang keamanan sejagat
sekali gus mengecam kekejaman yang dilakukan Israel di bumi Gaza

Usaha mewujudkan gelombang keamanan sejagat ini amat penting bagi
menyampaikan mesej kepada dunia tentang krisis kemanusiaan yang berlaku di
Gaza ketika ini termasuk dari segi kehilangan nyawa kekurangan ubat ubatan dan
kekurangan makanan dan ekoran serangan dan sekatan yang dilakukan
oleh regin zionis

Gelombang keamanan sejagat ini juga penting untuk diterapkan dalam Skuad Muda
KDN kerana golongan muda perlu disemai dengan nilai-nilai murni yang menjurus
kepada kesepaduan,kesejahteraan dan keamanan.

serentakdegan itu pihak KDN juga telah menggerakkan Tabung Kecemasan
Gaza pada hari semalam bagi membolehkan warga KDN di setiap peringkat dan agensi di
seluruh negara untuk menhulurkan bantuan kewangan bagi meringankan derita
dan keperitan mangsa di Gaza

DS Hishammuddin telah meminta Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato Abu Seman
untuk mengetuai gerakan tabung ini,manakala seorang lagi Timbalan Menteri
Dalam Negeri, Dato Lee Chee Leong akan mengetuai usaha mewujudkan
gelombang keamanan sejagat di kalangan Skuad Muda KDN

Kutipan tabung  ini kemudianya akan diserahkan kepada Yayasan Keamanan Sedunia
Perdana (PGPF) pada selasa lalu ,penaung PGPF , DR Mahathir Mohamad telah melancarkan
penubuhan Tabung Kecemasaan Gaza dalam satu majlis menyuarakan bantahan terhadap
serangan rejim Israel keatas Gaza di PWTC

Warga KDN amat prihatin dan bersimpati dengan apa yang berlaku di Gaza.
DS Hishammudian yakin suara kecil beliau itu kalau digabungkan bakal membentuk
satu gelombang yang besar dalam menyuarakan keamanan dan membantah kekejaman rejim 
zionis keatas rakyat palestin

Usaha ini juga bagi memberi ruang dan peluang kepada rakyat menyuarakan bantahan 
serta menujukkan simpati kepada rakyat palestin. Kita tidak mahu mereka ini memedamperasaan marah dan tidak puas hati sehingga kemunkinan menterjemahkannya kearah keganasan, atau 
menyetai kumpulan militan yang sememangnya akan mengambil kesempatan.

0 comments:

Post a Comment

Latest Reviews