MENU

Monday, November 12, 2012

YAYASAN ARTIS 1 MALAYSIA

with 0 comments
KENYATAAN AKHBAR
Buat julung-julung kalinya,sebuah yayasan yang akan memayungi dan memberipembelaan
kepada seluruh artis industri hiburan telah ditubuhkan.Sebuah yayasan yang diberi nama
Yayasan Artis 1Malaysia (No.Syarikat 1007429-T) atau YA1M telah ditubuhkan secara
rasminya pada 25 jun 2012 di bawah Akta Syarikat 1955

Tanggal bersejarah 11 November 2012 bersamaan hari Ahad telah dipilih untuk dilancarkan
secara rasminya yayasan ini oleh perdana menteri Malaysia,YAB Dato'Seri Mohd Najib Tun 
Haji Abdul Razak di Dewan Merdeka,PWTC pukul 8.30 malam lalu. Turut hadir ialah isteri YAB
Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Penerangan,Komunikasi & Kebudayaan
Malaysia,YB Dato'seri Utama Dr.Rais Yatim dan isteri

artis dan tetamu kehormat akan dijemput hadir menyasikan peristiwa bersejarah ini Majlis
pelancaran berkonsepkan makan malam secara santai akan disulami dengan persembahan
muzik sepanjang zaman dibarisi seramai 35 artis lama dan baru.persembahan medley lagu
menyingkap dari tahun 50an sehingga kini.barisan artis berkenaan ialah Musly Ramli,
Mariani, Mat Sentol, Aspalela, Datuk Andre Goh. A. halim, Rodziah, June
Izuddin, Dato' L. Ramlee, Hail Amir, Dahalan Zainuddin,Salamiah Hassan, Datuk Khatijah
Ibrahim, Datuk David Arumugan, Jatt Black Dog Bone, Zur Eda,  Rohana Jalil, Jay Jay, Kelvin
Lau, Kanaga, Joey BPR, Aris Ariwatan, Ani Mayuni, Bob AF, Mawi, Momo Latif, Datuk Aziz
Satar, Datuk Jefry Din, Jamal Abdillah, Zaiton Sameon,,One Nation Emcee dan Jimmy Palikat.
pada malam itu juga diadakan majlis penyerahan wang ehsan kepada artis yang memerlukan
oleh isteri YAB Perdana Menteri Malaysia

Majlis pelancaran YA1M ini juga merupakan himpunan seluruh artis tanahair daripada
pelbagai lapisan masyarakat. jemputan artis adalah berdasakan individu dan tiada kaitan
sama sekali dengan mana-mana persatuan.

Hasrat penubuhan YA1M adalah untuk menyatu dan mengembeleng seluruh artis tanpa
mengira bangsa, agama dan keturunan dalam industri hiburan ke dalam satu organisasi 
yang berasaskan ekonomi dan kebajikan yang akan menjadi wahana penting bagi
meningkatkan martabat dan maruah warga artis negara
Mereka yang telah lama menyumbangkan ke arah pembinaan bangsa wajar menerima
pembelaan dan perlindungan seadanya kerana ketiadaan simpanan KWSP, wang persaraan
dan pencen.

YA1M dikemudikan oleh pengurusan terdiri daripada Datuk Irwan Shah Abdullah atau Datuk 
DJ Dave Sebagai Presiden , Dato' M. Nasir selaku Naib Presiden, Dato' Malek Radzuan
sebagai Setiausaha Agung serta beberapa ahli jawatankuasa eksekutif.
sokongan padu daripada semua warga artis, badan-badan korporat dan juga pihak kerajaan
sendiri akan menjadi YA1M lebih kukuh dalam melaksanakan misinya

























0 comments:

Post a Comment

Latest Reviews